Selasa, 23 Februari 2010

Pelancaran Pas Keluar Kelas

PAS KELUAR KELAS

SK SHAH ALAM MENGUATKUASAKAN
SISTEM PAS KELUAR KELAS UNTUK MURID
MERAH - TAHAP 2
BIRU - TAHAP 1
KUNING - GURU

Pelancaran Telah disempurnakan Oleh:
EN. NORSETILAH BIN MUHAMMED OMAR
GPK KURIKULUM
Pada : 18.1.2010 (Isnin)
Tempat : Dataran Bestari SKSA












Sabtu, 20 Februari 2010

Perasmian Laman Blog Interaktif HEMsksa16


Catatan sejarah hari ini bahawa


Laman Blog HEM SK Shah Alam dengan ini telah dirasmikan dengan penuh gilang gemilang Bersempena dengan Mesyuarat Agung PIBG ke-32, dengan rasa bangga Laman Blog HEM di...


DISEMPURNAKAN SECARA RASMI OLEH :
Yang Berbahagia
TUAN HAJI YUSOFF BIN HM HANIFF
Setiausaha Politik kepada
YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Mohd Yasin
Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia
Pada : 20 Februari 2010







Penggunaan blog juga merupakan salah satu daripada mekanisma popular yang sering digunakan oleh pengguna komputer untuk membincangkan sesuatu isu. Tahap populariti blog ini telah pun sampai ke suatu peringkat di mana semua warga sksa dan masyarakat setempat wajar mengetahui serba sedikit mengenainya.


PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

kepada
Yang Berbahagia
TUAN HAJI YUSOFF BIN HM HANIFF
kerana telah menyempurnakan perasmian
BLOG HEM SK SHAH ALAM 2010

Cikgu Ooo...Cikgu

MENDIDIK..SATU WADAH DAKWAH

Sesungguhnya, yang bergelar pendidik/guru itu, adalah seseorang yang berkewajipan melaksana amanah mendidik, mengajar, mengasuh, memimpin, membimbing -dan apa saja yang boleh dikaitkan dengan usaha membantu seseorang yang bernama 'pelajar/murid' - menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia serta berguna kepada manusia lainnya. Satu daripada cabang untuk berdakwah, jika dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan berlandaskan etika profesion pendidikan, serta disandarkan pula kepada diin Islam yang syumul.



Pendidik..bukan sekadar mengajar tulis baca..tetapi lebih penting, ia berperanan membentuk insan dan jiwa kemanusiaan..


Apa pun tugas yang dikerjakan pendidik/guru- sebagai pegawai perubatan, tukang kebun, pegawai kewangan, pegawai pelancongan, pembaca doa, pengacara, polis dsb, - adalah suatu tanggungjawab mulia..demi memastikan anak-anak terdidik dengan nilai-nilai murni kemanusiaan..

sumbangan dari sahabatku,
amal - priapria4444


Program Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru


PENGENALAN
Sekolah Kebangsaan Shah Alam sentiasa berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan murid terutama di dalam bidang pendidikan bagi memastikan mereka memperolehi kecemerlangan di dalam peperiksaan UPSR kelak. Oleh yang demikian, Jawatankuasa Kurikulum dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling merancang untuk mengadakan Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru dengan tema “Menjana Kecemerlangan Murid Tanggungjawab Bersama ” bagi memberi motivasi, panduan, pendedahan dan maklumat serta keperluan pembelajaran anak-anak mereka dalam menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) terutama bagi murid Tahun 6.


MATLAMAT
4.1 Memupuk kerjasama di antara ibubapa dan guru
4.2 Berbincang dan bertukar pendapat untuk meningkatkan kecemerlangan dan meningkatkan prestasi di dalam peperiksaan UPSR 2010-2011
4.3 Memberi pendedahan dan maklumat mengenai keperluan pembelajaran anak-anak kepada ibubapa.


OBJEKTIF
5.1 Meningkatkan peratus keseluruhan UPSR sekolah kepada 90%.
5.2 Menambah bilangan murid cemerlang yang mendapat 5 A di dalam peperiksaan UPSR 2010-2011.
5.3 Mendapat kerjasama sepenuhnya daripada ibubapa untuk memantau pembelajaran anak-anak semasa berada di rumah.



PERLAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : 6 Februari 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi hingga 11.30 pagi
Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Shah Alam
Sasaran : Ibubapa murid Tahun 6 dan Tahun 5
Penceramah : En. Saiful Anuar B Basran
(Guru Cemerlang dari SK Teluk Panglima Garang)









Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)


Sekolah-sekolah ini hendaklah memenuhi Prasyarat berikut :
1. Pencapaian akademik yang menunjukkan trend menaik bermula dengan Take Off Value (TOV) sekurang-kurangnya 80% dalam peperiksaan awam (UPSR dan SPM);
2. Pencapaian Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) atau instrumen yang setaraf dengannya sekurang-kurangnya 90% dalam semua dimensi;
3. Menerima pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa:
4. Berjaya melahirkan personaliti-personaliti unggul (towering personalities) yang menerajui kepimpinan negara, negeri, organisasi dan komuniti;
5. Menjadi penanda aras dan contoh bagi sekolah-sekolah lain dari dalam dan luar negara;
6. Wujud permuafakatan yang jitu antara sekolah dengan masyarakat yang memberi impak kepada keberkesanan dan kecemerlangan pendidikan di sekolah;
7. Mempunyai jaringan yang aktif dengan sekolah-sekolah sama ada di dalam negeri atau di peringkat antarabangsa menerusi pelbagai bentuk program; dan
8. Membina jaringan dengan institusi pendidikan tinggi di dalam dan di luar negara.
Ciri-Ciri Sekolah Berprestasi Tinggi

Pemimpin Sekolah
1. Boleh deliver, mempunyai akauntabiliti dan kredibiliti dalam pengurusan sekolah.
2. Menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) berpandukan garis panduan Pengurusan Berasaskan Sekolah yang disediakan oleh KPM bagi peningkatan sekolah, guru dan murid.
3. Meningkatkan penglibatan sekolah ke peringkat antarabangsa.
4. Membangunkan bakat kepimpinan guru dan murid.
5. Sentiasa bersedia untuk dinilai oleh KPM dan pihak luar.
6. Proaktif dalam melaksanakan perubahan dan pembaharuan.

Guru Sekolah
1. Boleh deliver, mempunyai akauntabiliti dan kredibiliti dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
2. Menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) berpandukan garis panduan Pengurusan Berasaskan Sekolah yang disediakan oleh KPM bagi peningkatan murid.
3. Membantu meningkatkan penglibatan sekolah ke peringkat antarabangsa.
4. Membangunkan bakat kepimpinan murid.
5. Sentiasa bersedia untuk dinilai oleh KPM dan pihak luar.
6. Proakif dalam melaksanakan perubahan dan pembaharuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Murid Sekolah
1. Menyediakan sasaran tahunan bagi peningkatan diri sendiri.
2. Bertanggungjawab untuk pembelajaran kendiri.
3. Berupaya mengendali dan menguruskan diri dan aktiviti sekolah
4. Bekerjasama dalam kumpulan dan dapat berkomunikasi dengan berkesan.
5. Menggunakan kuasa autonomi yang diberi dengan berkesan.

Kategori Sekolah
1. Sekolah Kerajaan
2. Sekolah Bantuan Kerajaan

Jangka Masa Pelaksanaan
2010= 20 buah sekolah
2011= 30 buah sekolah
2012= 50 buah sekolah

Ciri – ciri Utama SBT
• Kepemirnpinan
• Pengurusan
• Pencapaian
• Kejayaan
• Perhubungan
• Identiti Kendiri
• Pembelajaran Terarah Kendiri
• Sistern Bekerja Berprestasi Tinggi
• Kesaksamaan
• Timbal- Balas
• Penurunan Kuasa

Pelan Strategik SBT
Fokus 1 : Kepemimpinan Berprestasi Tinggi
Fokus 2 : Mengamalkan Pengurusan Berasaskan Sekolah
Fokus 3 : Mewujudkan Akauntabiliti
Fokus 4 : Piawaian dan Penandaarasan
Fokus 5 : Malaysia Menjadi Pusat Kecemerlangan
Fokus 6 : Menerajui Perubahan dan Pembaharuan

lmpak Sekolah Berprestasl Tinggi

Pemimpin
1. Pengiktirafan sebagai pemimpin yang berwibawa.
2. Mempunyai kuasa autonomi untuk Pengurusan Berasaskan Sekolah.
3. Menerima ganjaran dalam bentuk bonus.
4. Berpeluang mendapat guru pakar dan guru cemerlang.
5. Berpeluang memilih guru yang efektif.
6. Berpeluang memilih murid yang sesuai.
Guru
1. Pengiktirafan sebagai guru yang berkesan.
2. Mempunyai kuasa autonomi untuk Pengurusan Berasaskan Sekolah.
3. Ganjaran dalam bentuk bonus.
Murid
1. Murid berkemahiran dalam pengurusan diri, bekerja dalam kumpulan,berkomunikasi secara efeKif dan berkebolehan bersaing di arena antarabangsa.
2. Berpeluang untuk memasuki universiti yang terkemuka di dunia
3. Murid dikecualikan daripada mengikuti beberapa subjek tertentu peringkat ijazah di institusi pengajian tinggi.
4. Murid di tempatkan di kelas mengikut kebolehan/ kemampuan tanpa berdasarkan umur.
5. Murid boleh mengambil peperiksaan awam mengikut kebolehan yang tidak berdasarkan umur.
6. Murid memasuki IPTA tanpa berdasarkan umur.
7. Murid mampu menjadi pesaing di peringkat dunia dalam mana-mana bidang yang mereka ceburi.
8. Murid menerima P & P daripada guru-guru pakar dan cemerlang berasaskan data empirikal.
9. Murid berpeluang untuk menyertai peperiksaan luar negara.
10. Murid terdedah kepada teknologi terkini dalam pendidikan.

Kekangan
1. Kewangan dalam membangunkan Sekolah Berprestasi Tinggi.
2. Kekurangan sumber kakitangan untuk pergi ke sekolah-sekolah bagi tujuan pemantauan dan penilaian Sekolah Berprestasi Tinggi.
3. Pekeliling dan Peraturan Pelajaran yang sedia ada menyekat pelajar menempatkan diri di peringkat tinggi dalam tempoh yang singkat kerana terdapatnya had umur.
4. Wujudnya birokrasi dalam pentadbiran melambatkan sesuatu program dilaksanakan.
5. Sikap, kurang kemahiran mengurus dan kepemimpinan pengetua / guru besar boleh menjadi penghalang kepada kejayaan program.

Cadangan
1. Pelaksanaan konsep SBT akan melibatkan implikasi kewangan dan perjawatan. Oleh itu, adalah dicadangkan untuk mewujudkan satu sektor baru bagi memastikan SBT berupaya dilaksanakan dengan efisien.
2. Memberi ganjaran yang setimpal kepada Pengetua, Guru besar dan guru-guru yang telah menunjukkan prestasi cemerlang selari dengan cadangan YAB Perdana Menteri ketika membentangkan NKRA berkenaan;
3. Memerlukan pindaan dan semakan kepada peraturan pendidikan dan Surat – surat Pekeliling lkhtisas/ Surat Siaran yang berkaitan;
4. Menyediakan maklumat kepada SBT mengenai peperiksaan luar negara (LPM/MPM)
5. Biasiswa diberi kepada pelajar SBT yang berjaya memasuki lnstitut terkemuka di luar negara (Bahagian Tajaan)

Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang terpilih bagi 2010 ialah:

Sekolah Berasrama Penuh:
1. Sekolah Tun Fatimah (STF), Johor Bharu
2. Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Seremban
3. Kolej Melayu Kuala Kangsar (KMKK), Perak
4. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
5. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah
6. Kolej Tunku Kursiah (TKC), Seremban
7. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang
8. Sek Men Sains Tuanku Syed Putra,Perlis
9. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
10. Sek Men Sains Muzaffar Shah, Melaka

Sekolah Menengah Harian:
1. Sek Men Keb Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya
2. Sek Men Keb Aminudding Baki, Kuala Lumpur
3. Sek Men Keb Sultanah Asma, Kedah
4. Sek Men Keb Perempuan St. George, Pulau Pinang

Sekolah Rendah:
1. Sek Keb Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur
2. Sek Keb Zainab (2) Kota Bharu, Kelantan
3. Sek Keb Tmn Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur
4. Sek Convent Kota Taiping, Perak
5. Sek Keb Bukit Damansara, Kuala Lumpur
6. Sek Keb Bandar Baru Uda 2, Johor Bharu

CARA Muat Naik Data SSDM Secara Online


Bagaimana nak hantar Data SSDM secara Online ?


1. Lengkapkan / kemaskini semua maklumat kes terlebih dahulu.


2. Setelah siap kemaskini maklumat kes … tutup aplikasi SSDMver4.0 anda.

3. Pada DESKTOP anda … bina satu folder baru dan rename dengan nama Kod Sekolah dan Nama Sekolah … contohnya : BBA8105_SK SEKSYEN 24

4. Kemudian buka semula aplikasi SSDMver4.0

5. Setelah masuk hingga ke paparan utama … pada menu bar, sila klik 1 x pada pilihan 03 : Kemudahan … then klik 1 x pada 032 : Eksport Data … Satu paparan Kemudahan Eksport Data akan dipaparkan.

6. Pada paparan berkenaan … sila lihat pada ruangan Julat Tarikh Semakan … tentukan data penggal mana yang nak dieksport dengan cara klik 1 x pada butang Penggal … pilih sama ada Penggal 1, Penggal 2 atau Penggal 3. Butang ini akan memaparkan margin tarikh mula dan tarikh akhir bagi tahun semasa secara auto pada ruangan tarikh mula dan tarikh akhir.


7. Kemudian, di sebelah kanan … sila klik 1 x pada butang Pilih Lokasi Eksport … satu paparan kecil bertajuk Browse For Folder akan dipaparkan. Dalam senarai yang dipaparkan, cari di mana lokasi folder sekolah yang anda bina pada langkah 3 tadi … contohnya, folder sekolah tadi anda bina di desktop dengan nama BBA8105_SK SEKSYEN 24. Setelah jumpa folder berkenaan, klik 1 x pada folder berkenaan dan klik OK.


8. kemudian, paparan kecil tadi akan ditutup dan kini anda akan dapat lihat satu address (path) telah dipaparkan pada ruangan lokasi eksport … contoh path yang dipaparkan … C:\Documents and Settings\DESKTOP\Desktop\ BBA8105_SK SEKSYEN 24 \

9. seterusnya, klik 1 x butang Eskport Semua Sekolah dan tunggu sehingga 1 masej dipaparkan iaitu ‘ Proses Eksport Berjaya ’

10. Tutup aplikasi SSDMver4.0 anda

11. Buka folder BBA8105_SK SEKSYEN 24 dan anda akan dapat lihat ada 5 file txt iaitu Sekolah, Peribadi, Kes, Master dan TMurid. Terdapat juga 1 file export ( configuration settings ) … Tumpukan kepada 5 txt file tadi … pastikan semua txt file tadi mengandungi nilai dan data … caranya … double click untuk buka atau anda hanya perlu lihat saiz file txt berkenaan … jika saiz file txt berkenaan 0 kb … sila lakukan proses eksport data semula. Sepatutnya, setiap satu txt file itu mesti mempunyai saiz 1 kb ke atas.

12. Jika semuanya OK … close folder berkenaan.

13. Klik 1 x pada folder berkenaan … kemudian right click pada mouse … pilih arahan send to dan pilih pula Compressed ( zipped ) folder dan click …

14. kini anda akan dapati satu folder zip akan dihasilkan di desktop anda. Folder zip itu bernama BBA8105_SK SEKSYEN 24.zip

15. Sekarang, buka blog LAMAN SSDM PETALING PERDANA … scroll sampai bawah dan lengkap semua maklumat dalam Form Penghantaran Data SSDM Online.

16. Pada bahagian Ruang Upload Data SSDM … klik 1 x pada butang Choose File … satu paparan Open akan dipaparkan … sekarang cari di mana lokasi folder zip sekolah anda tadi … bila dah jumpa … klik 1 x pada folder zip berkenaan dan klik open.

17. Paparan tadi akan ditutup secara auto dan akan dapati pada ruangan Ruang Upload Data SSDM akan tertera alamat folder zip yang akan diupload.

18. Klik butang SUBMIT dan tunggu sehingga masej ‘ Data Added Sucsessfull ’ dipaparkan … ini bermaksud data anda telah berjaya diupload … seterusnya, anda akan dapati semua maklumat yang anda akan masukkan dalam Form Penghantaran Data SSDM Online tadi akan hilang (reset) secara auto. Jangan takut kerana ia telah disetkan begitu.

Diaktifkan oleh,
Kamaruzaman & Jonid
http://ssdmperdana.blogspot.com/

Guru Penggerak Motivasi


Sebagai seorang guru, kita memiliki pelbagai tanggung jawab dan tugas yang harus dilaksanakan sesuai dengan tuntutan profesi guru.Tugas utama dan terpenting yang menjadi tanggung jawab seorang guru adalah memajukan, merangsang dan membimbing pelajar dalam proses belajar. Segala usaha kearah itu harus dirancang dan dilaksanakan. Guru yang berkesan dalam menjalankan tugasnya adalah guru yang berjaya menjadikan pelajarnya bermotivasi dalam pelajaran.
Oleh itu untuk keberkesanan dalam pengajaran, guru harus berusaha memahami makna motivasi belajar itu sendiri dan mengembangkan serta menggerakkan motivasi pemberlajaran pelajar itu ke tahap yang maksimum.

Guru dapat memahami motivasi belajar jika sewaktu mengajar dia dapat melaksanakan langkah-langkah seperti berikut:


1. Mengenal pasti tingkat kecerdasan para pelajar.

2. Melaksanakan teknik memotivasi pelajar.

3. Merumuskan tujuan belajar dan mengaitkan tujuan itu dengan keperluan dan minat pelajar.

4. Menerapkan kemahiran bertanya kepada pelajar.

5. Melaksanakan aktiviti pengajaran dengan urutan yang sistematik.

6. Melaksanakan penilaian diagnostik.

7. Melaksanakan komunikasi interpersonal.

Memotivasi pelajar merupakan salah satu langkah awal yang harus dilakukan oleh seorang guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Jika guru telah berjaya membangun motivasi pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran bermakna guru itu telah berjaya mengajar. Namun pekerjaan ini tidaklah mudah. Memotivasi pelajar tidak hanya menggerakkan pelajar agar aktif dalam pelajaran, tetapi juga mengarahkan dan menjadikan pelajar terdorong untuk belajar secara terus menerus, walaupun dia berada di luar kelas ataupun setelah meninggalkan sekolah.

Untuk meyakinkan diri kita bahawa memotivasi pelajar dalam belajar merupakan tugas guru dan berkewajiban pula melaksanakannya, maka pendekatan Behavioristik perlu kita jadikan pedoman dalam mengajar.
Para pakar Behavioristik mengemukakan bahawa motivasi ditentukan oleh persekitaran. Guru merupakan persekitaran yang sangat berperanan di dalam proses belajar. Oleh kerana itu, meningkatkan motivasi pelajar dalam pelajaran merupakan tugas yang sangat penting bagi guru.

Majlis Pelancaran COUNTDOWN UPSR 2010 dan Tabung Kebajikan Murid SKSA


Nama Program :
MAJLIS PELANCARAN COUNTDOWN UPSR 2010
SK SHAH ALAM

Tarikh dan tempat Program :
1 FEBUARI 2010 (ISNIN) / DARATAN BESTARI
Masa Perhimpunan Rasmi

Pengurus Program
NUR SETILAH BIN MOHAMMAD OMAR - GPK KURIKULUM

Pelancaran Countdown UPSR 2010
telah disempurnakan dan dirasmikan
oleh Pn. Maah binti Hj Rosdin Guru Besar SKSA
diiringi oleh GPK Kurikulum En. Nur Setilah Bin Mohammad Omar






++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Nama Program :
MAJLIS PELANCARAN TABUNG KEBAJIKAN MURID
SK SHAH ALAM 2010

Tarikh dan tempat Program :
1 FEBUARI 2010 (ISNIN) / DARATAN BESTARI
Masa Perhimpunan Rasmi

Pengurus Program
AB RASHID BIN MD IHSAN – GPK HEM

Nama Bahagian :
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
Unit Badan Kebajikan dan Insuran Murid
MATLAMAT

2.1 Unit Kebajikan murid ini bertanggungjawab mencari dana melalui kutipan derma bagi membantu murid-murid yang memerlukan atau ditimpa musibah seperti kebakaran, kematian ibubapa dan seumpamanya.

2.2 Pada tahun ini, unit kebajikan murid mengambil inisiatif untuk mengadakan kutipan derma ikhlas setiap 2 minggu sekali iaitu setiap hari Jumaat minggu pertama dan ketiga dari kelas ke kelas bagi memberi peluang kepada murid dan juga guru yang ada sedikit kemampuan membantu rakan-rakan atau murid yang memerlukan.

Pelancaran tabung Kebajikan Murid
telah disempurnakan dan dirasmikan
oleh Pn. Maah binti Hj Rosdin Guru Besar SKSA
diiringi oleh GPK HEM En. Ab Rashid Bin Md Ihsan




Murid Minat Cikgu Minat

Posted by mantan

Budak-budak tu memang tak minat belajar. Itu rungutan cikgu yang kadang-kadang dapat kita dengar.
Kalau dah tak minat belajar, macam mana nak diajar? Siapa yang patut menarik minat murid supaya belajar. Siapa lagi kalau bukan cikgu? Kalau bukan kepada murid, kepada siapa lagi yang hendak cikgu sampaikan pengajaran?
Cikgu kena cari jalan, kena ada cara supaya murid berminat subjek yang cikgu ajar. Memang kena cari cara nak pupuk minat budak-budak tu.
Kalau tidak, siksalah cikgu. Nak mengajar bukan setahun dua, berpuluh-puluh tahun.

1.Kaitkan Dengan Murid:

Kalau budak-budak tanya, “Kenapa saya belajar perkara ni cikgu?”. Dan cikgu pun jawab, “kerana saya suruh awak belajar, awak kena belajarlah!”. Jawapan macam tu akan mengikis kewibawaan cikgu!. Pentingnya subjek yang cikgu ajar tu kena kaitkan dengan kehidupan budak-budak tu. Biar mereka tahu apa gunanya untuk kehidupan mereka. Mengajar Matematik, Sejarah, Geografi dan lain-lain kena kaitkan apa yang diajar tu dengan gunanya dalam kehidupan mereka tu.

2.Kaitkan Dengan Cikgu:

Cikgu kena pandai bercerita. Kaitkan subjek dengan cerita atau kehidupan cikgu sendiri. Budak-budak suka dengar cerita. Memang cikgu kena kreatif. Macam mana nak masukkan cerita dalam subjek matematik? Memang kena kreatif.
(Saya dulu mengajar, Kesusasteraan, BM, Pendidikan Seni, Sejarah, Geografi dll, taklah susah nak bercerita!)

3. Kecindan Cikgu:

Cikgu pun kena ada unsur kecindan (ceria, seronok, kelakar) juga. Tapi kena pandai gunakannya berpada-pada. Jangan pula sampai jadi badut. Nanti hilang fokus. Taklah cikgu rasa stress atau letih melayan budak-budak tu. Kalau cikgu seronok, tahap minat akan meningkat bersama-sama dengan minat budak-budak tu juga. Kan bagus, bila selesai belajar setiap hari, cikgu pulang ke rumah pun dengan rasa ceria.

4. Senyumlah, Cikgu.:

Kita boleh tersenyum bila kita rasa seronok. Kadang-kadang ketika mengajar, saya pun serius juga. Tapi saya akan senyum semula bila ada pelajar saya bertanya kalau-kalau mereka telah membuat saya marah atau ada perbuatan mereka yang saya tak suka. Budak-budak juga boleh menduga perasaan kita.

5. Ketawalah, Cikgu:

Cikgu pernah ketawa dalam kelas?. Saya akan ketawa kalau saya rasa saya patut ketawa. Bukan ketawa seorang diri. Ketawa bersama-sama pelajar saya. Kadang-kadang cikgu tension dan budak-budak juga tension. Untuk baiki keadaan, apa salahnya sesekali ketawa bersama pelajar. Ini pun kena kreatif juga. Buka tiba-tiba ketawa tak tentu pasal!

Benda-benda macam ni nampak macam remeh-temeh saja. Tak diajar pun masa ikuti kursus perguruan dulu. Tapi saya rasa, sekurang-kurangnya boleh bantu tarik minak budak-budak tu. Dan kadang-kadang, boleh timbulkan minat cikgu juga. Timbul rasa seronok. Semakin cikgu rasa ceria masa mengajar, semakin minatlah budak-budak tu. Dan bila pulang ke rumah, cikgu akan rasa seronok mengingat kembali apa yang telah berjaya cikgu capai di sekolah tadi.


Selamat mengajar, cikgu!


Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan


Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan
Pengawas Sekolah & Pengawas Pusat Sumber, dan Ketua Kelas

1. Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah & Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Ketua Kelas telah disampaikan oleh Chief Inspektor Khairoul Najmy Bin Jaafar, Ketua Balai Polis Seksyen 15, Shah Alam pada 25/1/2010 (Isnin) bertempat di Dewan Anggerik SK Shah Alam. Bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir jam 9.10 pagi. Majlis tersebut telah dihadiri oleh semua murid dan guru SKSA. Diiringi Tuan Guru Besar Pn. Maah Binti Hj Rosdin, penyerahan watikah perlantikan telah disempurnakan dengan jayanya.

2. Tahniah diucapkan kepada adik Muhammad Aliff Danial Bin Abd Rashid yang telah dilantik sebagai Ketua Murid dan adik Nurul Aini Binti Mohd Hairani sebagai Penolong Ketua Murid sekolah sesi 2010 Syabas dan Tahniah kepada murid yang dilantik, semoga dapat menjalankan tugas dengan baik, sempurna dan penuh bertanggungjawab. Berikut dipaparkan gambar sekitar majlis tersebut.